Tidur Di Asrama,Bangun Pagi Rasa Pening Dan Muntah..Terkejut Besar Pelajar Ini Lepas Jumpa Doktor Rupanya Dia… Di China, seorang pelajar lelaki retak tempurung kepala dan kehilangan pendengaran selepas dipukul akibat berdengkur terlalu kuat ketika tidur di asrama..
.Mangsa berusia 15 tahun telah diserang rakan sebilik ketika sedang tidur. Kepalanya tiba-tiba dihentak dengan objek keras menyebabkan dia berasa sakit hingga ke pagi.
Menurut Ma Guorui, sebelum dia diserang, rakannya ada memberi amaran supaya dia jangan berdengkur terlalu kuat sehingga mengganggu tidur rakan lain.
“Pada waktu pagi, saya mula berasa pening dan muntah-muntah menyebabkan pihak sekolah menghantar saya pulang ke rumah,” katanya.
Selepas mendapati keadaannya semakin teruk, bapa mangsa, Ma Yanchun dengan segera membawanya ke hospital.
“Kecederaan parah yang dialami anak saya ini berpunca akibat dipukul dengan objek tumpul,” jelasnya.
Kos rawatan Ma Gourui mencecah 150,000 yuan (RM93,030). Walaupun pihak sekolah menanggung 100,000 yuan (62,020) namun mereka gagal untuk menjelaskan baki bayaran itu.
Difahamkan, bapa mangsa telah membuat laporan polis terhadap rakan sebilik anaknya dan meminta keluarganya membayar ganti rugi.
Sumber: Hmtero
0 comments:
Post a Comment