Monday, September 14, 2015

Filled Under:

VIRAL !!! Sultan Brunei Kawal Lalulintas ketika kemalangan berlaku...RESPECT !!


Sultan Brunei kawal lalulintas semasa juruiring baginda mengalami kemalangan. Baginda tidak perlu menang pilihanraya untuk buat mockup accident cari publisiti dan ini sangat tulen.
Menurut sumber dari media berita Brunei, 2 juruiring baginda dirempuh oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita yang dipercayai memandu melebihi halaju. Sementara menantikan bantuan kecemasan bagi anggota yang cedera, baginda turun dari kereta diRaja untuk membantu sendiri mengawal lalulintas pada ketika itu.
Selain dari PM Norway yang sanggup jadi pemandu teksi untuk cungkil pendapat rakyat secara telus dan terus, Sultan Haji Hasanal Bolkiah juga sering mencemar duli tanpa warning ke tempat-tempat tertentu dalam negara baginda. Pernah acapkali karpet kuning disediakan tetapi baginda mengambil jalan lain supaya baginda nampak sendiri apakah yang disorokkan dari pandangan mata baginda.
Hari ini ADA SEBAHAGIAN pemimpin kita ada yang jijik turun tangan kecuali nak hampir pilihanraya. Dah nak election baru nampak pemimpin turun sawah, menyangkul, lawat orang kampung sakit, pergi tempat banjir, melawat hospital kelas 3, potong kelapa sawit, melawat setinggan, menyumpit dll. Bila pemimpin turun padang pun semua dah jadi baru. Jalanraya baru, pokok yg tiada pun tiba-tiba dah ada. Saya teringat satu foto dari rakan saya di sana gambar baginda Sultan Brunei berkasut boot high cut berjalan di atas sampah di sebuah kawasan.
Ok itu sahaja...saya kagum dengan baginda. Sebagai salah seorang dari vendor perkhidmatan kepada baginda...saya bangga berkhidmat dgn baginda. Alhamdulillah
(Sumber foto unknown)




0 comments:

Post a Comment