Tuesday, September 15, 2015

Filled Under:

VIRAL !! ALVIN TAN UGUT ROG@l ANAK TPM...

Blogger lucah Alvin Tan buat hal lagi. Baru beberapa hari kebelakangan ini dia mencaci hina Nabi Muhammad SAW. Tidak cukup dengan itu Alvin Tan hari ini memuat naik status mahu merogol Nurulhidayah Ahmad Zahid.
Alvin Tan bukan lagi melampau tetapi sudah sampai tahapnya untuk di ambil tindakan undang-undang. Alvin Tan boleh lah dianggap sebagai penjenayah siber yang bukan sahaja menghina tetapi telah menimbulkan ancaman. Malah perbuatan Alvin Tan yang membakar api sentimen agama sebenarnya cukup bahaya dan boleh menimbulkan mudarat jika tidak diambil tindakan yang sepatutnya.
Alvin Tan yang cukup terkesan dengan respon Nurulhidayah berkenaan himpunan haram Bersih 4 telah mengugut untuk merogol Nurulhidayah malah mengajak sesiapa sahaja untuk bersama-sama dengannya melakukan jenayah rogol tersebut.
Alvin Tan yang terkenal dengan sifat lucah melampaunya kini mahu melempiaskan nafsu serakah syaitannya terhadap gadis-gadis Melayu Islam dan penghinaan berterusan terhadap Nabi Muhammad SAW serta agama Islam.
alvin tan bogel
Perbuatan Alvin Tan ini sedikit banyak telah menghidupkan api kebencian antara orang Islam dengan bukan Islam dan kemarahan orang Melayu terhadap orang Cina. Jika perbuatan seorang manusia yang tidak bertanggungjawab seperti Alvin Tan dibiarkan, tidak mustahil watak-watak seperti ini akan terus berkembang biak dalam negara ini.
Pihak keselamatan mesti menggunakan sepenuh keupayaannya untuk mengesan dan mendakwa Alvin Tan seterusnya memberi pengajaran kepada orang lain agar tidak membuat tindakan provokasi terhadap perapduan kaum dan keselamatan agama.
Ini bukan lah kali pertama perbuatan kurang ajar Alvin Tan, sudah banyak kali. Tiada maaf baginya. Alvin mesti dihadapkan ke muka pengadilan dan mendapat hukuman yang sewajarnya. Jangan biarkan nasi menjadi bubur, sentimen kebodohan dan kelucahan melampau mesti ditamatkan.
Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, ramai kalangan rakyat yang kurang senang dengan tindakan dan kata-kata Alvin Tan. Masih ramai lagi orang Cina yang sayangkan negara ini, masih ramai lagi orang Cina yang faham tentang kehidupan pelbagai anutan agama di Malaysia, masih ramai orang Cina yang punya budi pekerti tinggi di Malaysia. Jangan Biarkan Alvin Tan menggunakan ketidakwarasannya mencalarkan keharmonian adan ketinggian budi masyarakat Cina di Malaysia ini. Alvin Tan umpama setitik nila yang akan merosakkan sebelanga susu.




0 comments:

Post a Comment