TIDAK dinafikan, menerusi media sosial bermacam-macam jenis perangai manusia yang kita temui. Ada golongan yang mahukan perhatian, ada yang ingin kelihatan cantik dan hebat serta nampak kaya raya.
Semuanya gara-gara golongan ini amat percaya menerusi media sosial, mereka boleh menjadi popular dan diminati ramai orang.
Tapi, dalam banyak perkara, apa yang tidak boleh diterima adalah bila ada pihak yang gemar menipu sehingga sanggup guna gambar orang lain semata-mata ingin menunjukkan kehidupan serba mewah yang kononnya dilalui.
Lebih mengejut dan menyedihkan, individu tersebut berselindung di sebalik perwatakan Islamiknya.
Berikutan sikap melampaunya itu, wanita yang dikenali sebagai Edlyena atau nama sebenar Zetti Edlina ini menerima kritikan dan kecaman hebat netizen sehingga satu laman page ‘Zetti Edlina Kantoi Menipu’ ditubuhkan.
Menerusi laman sosialnya, wanita ini dikatakan sering memaparkan pelbagai koleksi barangan jenama mewah.
Sadisnya, penipuanya mula terbongkar apabila ramai yang menyedari gambar tersebut sebenarnya diambil menerusi google dan dicuri dari akaun pengguna sosial lain.
Lebih teruk, hasil pemeriksaaan mendedahkan kereta Lamborghini yang didakwa dipandunya itu rupa-rupanya adalah gambar dan milik seorang lelaki Cina.
Boleh dikatakan, bermacam-macam lagi penipuan telah dilakukan termasuklah pembeli mengenai testimonial jubah yang dijualnya.
Difahamkan, ada juga ura-ura mendakwa Edlyena telah menipu teman usrahnya dengan mengaku dia adalah seorang janda dan telah bertunang dengan seorang ustaz di Mesir.
Namun hakikatnya suami dia masih ada dan mereka masih lagi sah bergelar suami isteri. Siapa sangka, disebalik niqab berwarna hitam dan pandangan matanya redup itu terselindung kehidupan yang penuh kepura-puraan.
Anehnya, wanita ini masih lagi mempunyai ribuan pengikut di laman Instagram yang percaya bulat-bulat dengan cerita-cerita indah palsunya itu.
Bagaimanapun, menerusi laman Facebooknya, Edlyena menafikan segala penipuan yang telah dibuat dan mendakwa ia adalah fitnah yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Bagi kami, jika benar, mungkin, sudah tiba masanya Edlyena berpijak di bumi nyata dan berhenti hidup dalam dunia yang penuh dengan kepura-puraan. – MYNEWSHUB.CC
Monday, September 14, 2015
Filled Under:
VIRAL !!! Wanita Berniqab Ini Buat Ramai ‘Panas’ Kerana....
Posted By:
qxwie
on 7:38 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment