Saturday, November 14, 2015

Filled Under:

INFO - Bolehkah Pakai Kondom Untuk Berhubungan Saat Isteri Datang Bulan ? Para Suami Mesti Baca.. Ramai yg tak tahu

Bolehkah Pakai Kondom untuk Berhubungan Saat Isteri Datang Bulan – Wahai Syaikh, kami tahu bahawa suami isteri tidak dibenarkan berhubung apabila isteri sedang haid. Jika hal itu disebabkan kebimbangan terkena penyakit akibat haid, bolehkah berhubungan dengan menggunakan kondom semasa tempoh haid isteri tersebut? Jika suami yang mengajak, bagaimana sikap isteri ? Terima kasih.

Jawapan

saudariku , terima kasih atas soalan yang menunjukkan kecintaan anda kepada agama ini. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan taufiq kepada kita semua.
Dalam Islam, suami di larang berhubungan ( jima ‘) dengan istrinya ketika ia sedang haid. Larangan ini berlaku baik tanpa kondom atau dengan memakai kondom.
hubungan kelamin
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
ويسألونك عن المحيض قل هو أذى فاعتزلوا النساء في المحيض ولا تقربوهن حتى يطهرن فإذا تطهرن فأتوهن من حيث أمركم الله إن الله يحب التوابين ويحب المتطهرين
Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: “Darah haid itu adalah suatu kotoran”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. (QS. Al Baqarah: 222)
Para ulama sepakat bahawa “fa’tazilu” dan “walaa taqrabuuhunna” itu adalah larangan berhubungan (jima ‘). Adapun selain itu, tetap dibenarkan. Ibnu Qudamah menjelaskan, “ketika Allah hanya memerintahkan untuk menjauhi tempat keluarnya darah, ini dalil bahawa selain itu, hukumnya boleh.”
Bahkan Aisyah menceritakan, Rasulullah juga bermesra dengannya ketika haid dengan tetap mengelakkan hubungan suami isteri.

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا حِضْتُ يَأْمُرُنِي أَنْ أَتَّزِرَ، ثُمَّ يُبَاشِرُنِي

Apabila saya haid, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan aku untuk memakai sarung kemudian beliau bercumbu denganku. (HR. Tirmidzi dan Ahmad; shahih)
Ini juga menjadi penyelesaian dan jawapan kepada suami jika ia mengajak berhubungan ketika anda sedang haid. Tawarkan bahawa anda siap melayani suami bermesraan asal tidak sampai jima ‘. Dan halal bagi suami isteri sekiranya sang suami “keluar” dengan bantuan tangan isteri atau sentuhannya.
Ingatkan suami untuk benar-benar mengelakkan jima ‘di saat haid, baik dengan kondom ataupun tidak. Larangan dalam ayat tersebut bukanlah hanya kerana “darah haid kotor” dan boleh dielakkan dengan kondom. Tetapi illatnya adalah kerana ada larangan dalam surat Al Baqarah ayat 222 tersebut. Sangat mungkin, ada rahsia dan hikmah yang hanya diketahui Allah Subhanahu wa Ta’ala di balik larangan tersebut.
Ingatkan pula suami dengan peringatan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
من أتى حائضا أو امرأة فى دبرها أو كاهنا فقد كفر بما أنزل على محمد صلى الله عليه وسلم
“Sesiapa yang menyetubuhi wanita haid atau menyetubuhi wanita di duburnya, maka ia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah; sahih)
Tentu saja, isteri yang baik harus menggunakan cara sebaik-baiknya dalam mengingatkan suami agar keharmonian berkeluarga tetap terjaga. Wallahu a’lam..




0 comments:

Post a Comment